Kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah program kebajikan khusus untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah (kumpulan B40) iaitu program Kasih Ibu Smart Selangor.
Program ini diperkenalkan bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.
Untuk makluman anda, program ini dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cassless)
Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).
MANFAAT KISS
Antara manfaat yang diterima sekiranya anda mempunyai kad KISS adalah seperti berikut:
- Kad KISS akan diberi kepada setiap yang layak
- Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar.
- Urusniaga pembelian tanpa tunai(cashless)
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
- Baki nilai bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan.
- Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM200 setiap bulan secara automatik.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS):
- Warganegara Malaysia; dan
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun ; dan
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan
- Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
- Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan.
SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN
Berikut adalah senarai barangan keperluan asas yang diluluskan oleh KISS:
- Beras
- Mi dan Bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan Garam
- Rempah ratus
- Tepung
- Minyak masak
- Sayur-sayuran
- Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
- Sabun dan bahan pencuci (detergent)
- Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya.
CARA PENGGUNAAN KAD KISS
Berikut adalah cara penggunaan kad KISS di pasaraya dipilih:
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk mengemukakan permohonan KISS:
- Borang permohonan Kasih Ibu Smart Selangor
- Kad Pengenalan Pemohon dan/atau suami
- Salinan Kad Pengenalan, Mykid atau surat kelahiran anak-anak/tangungan
- Salinan Slip Gaji/Pencen terkini (Untuk penjawat awam/pesara)
- Salinan penyata EA atau KWSP (Untuk pekerja swasta)
- Salinan Sijil Kematian/ Bercerai (Bagi ibu tunggal)
- Bukti penerima BSH bagi kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau bukti tersenarai sebagai golongan miskin/miskin tegar dalam pengkalan data eKasih
- Salinan surat tawaran ke Universiti/ Kad Pelajar bagi anak-anak/ tanggungan
CARA MENDAFTAR
Terdapat dua cara untuk mendaftar Program Kasih Ibu Smart Selangor iaitu:
1. Secara Atas Talian
Anda yang memenuhi syarat kelayakan boleh mendaftar secara atas talian di pautan di bawah:
2. Secara Manual
Anda boleh memuat turun borang di bawah atau mengambil borang permohonan di pejabat berikut:
- Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
- Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
- Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung
- Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
- Pusat Wanita Berdaya
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh berhubung di talian 1-800-22-6600 atau emelkan pertanyaan anda di alamat [email protected].