Usahawan di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dipelawa untuk memohon Bantuan Perniagaan Musaadah Tijariyyah 2.0.
Jika permohonan berjaya, para usahawan akan menerima wang bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0 sebanyak RM3,000 dalam bentuk modal pusingan.
Muat turun borang permohonan disini dan mohon sebelum tarikh akhir permohonan Musaadah Tijariyyah 2.0 MAIWP.
TARIKH BUKA & TUTUP PERMOHONAN
Usahawan di seluruh Wilayah Persekutuan boleh membuat permohonan pada tarikh seperti berikut:
- Tarikh buka permohonan: 16 Oktober 2021
- Tarikh tutup permohonan: 18 November 2021
Baca juga: i-RAHMAN Terengganu, Golongan Bujang Pun Boleh Mohon & Miliki Rumah Sendiri
JUMLAH KADAR BANTUAN
Jumlah kadar bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0 ialah sebanyak:
- RM3,000 (dalam bentuk modal pusingan)
SYARAT PERMOHONAN
Usahawan yang berminat untuk membuat permohonan, sila baca terlebih dahulu syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 1 tahun
- Tidak menerima Bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dari Tahun 2020 ke atas dan Musa’adah Tijariyyah 1.0
DOKUMEN SOKONGAN
Lengkapkan permohonan anda dengan mengemukakan bersama dokumen sokongan seperti berikut:
- Satu salinan kad pengenalan pemohon
- Satu salinan kad pengenalan pasangan
- Satu penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini pemohon
- Satu penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini pasangan
- Satu Salinan Cukai Pintu atau Bil Utiliti Tempat Tinggal Terkini
- Satu Salinan sijil pendaftaran perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mengandungi muka depan sijil, maklumat pemilik terkini dan maklumat perniagaan yang masih aktif sekurangnya dalam tempoh 2 bulan.
- Satu Salinan penyata akaun surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir/terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB) bagi tujuan pembayaran.
Antara perniagaan yang dibenarkan untuk membuat permohonan ialah:
- Makanan dan minuman
- Barangan kering seperti pakaian, kasut, aksesori, produk kecantikan, bahan bacaan ilmiah
- Perkhidmatan seperti gunting rambut, salun dan spa kecantikan, wirering, urutan
- Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak dipertimbangkan.
CARA MOHON
Untuk mohon bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0 anda perlu muat turun borang permohonan terlebih dahulu dipautan berikut:
- https://www.maiwp.gov.my
- Lengkapkan permohonan anda dan sertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan.
Atau anda boleh klik pautan dibawah untuk muat turun borang permohonan Bantuan Musaadah Tijariyyah.
Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar ke lokasi berikut:
- Pusat Agihan Zakat (PAZA)
- MAIWP Cawangan Labuan dan Putrajaya
Baca juga: Cara Sertai Program Khas Promosi & Pemasaran Veteran ATM (PRUV-ATM) PERHEBAT. Insentif RM500
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0 dilaman web MAIWP seperti berikut: