MySPR Daftar : Jom Daftar Undi Secara Online

MYSPR DAFTAR : JOM DAFTAR UNDI SECARA ONLINE

Sekarang ini semua urusan boleh dilakukan dihujung jari sahaja. Begitu juga dengan pendaftaran mengundi. Jika sebelum ini para pengundi perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuat pendaftaran, tetapi kali ini, anda sudah boleh mendaftar secara online sahaja. Lebih jimat masa dan tenaga.

Bagaimana pula ya untuk mendaftar undi secara online? Tak susah, hanya 3 langkah mudah sahaja.

SYARAT KELAYAKAN PENGUNDI

Apakah syarat-syarat untuk membuat pendaftaran MySPR Daftar? Semak kelayakan anda disini :

  • Seorang warganegara Malaysia.
  • Telah mencapai umur 21 tahun.
  • Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan.
  • Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa.

3 LANGKAH MENDAFTAR UNDI MELALUI MYSPR DAFTAR

Hanya 3 langkah sahaja diperlukan untuk membuat pendaftaran melalui MySPR Daftar iaitu :

1 PERMOHONAN AKAUN PENGGUNA

Untuk membuat permohonan akaun pengguna, sila ikuti langkah-langkah berikut :

  • Mula-mula anda perlu ke laman web https://www.spr.gov.my/.
  • Klik MYSPR DAFTAR
  • Klik PERMOHONAN BARU.
  • Masukkan maklumat anda.
  • Upload gambar MyKad dan swafoto dengan MyKad anda.
  • Masukkan huruf CAPTCHA.
  • Klik SAYA TELAH MEMBACA SYARAT-SYARAT.
  • Klik HANTAR
  • Permohonan anda telah siap.

    MySPR Daftar : Jom Daftar Undi Secara Online

2 PENGAKTIFAN AKAUN PENGGUNA

Setelah permohonan anda siap, anda perlu aktifkan akaun pengguna anda terlebih dahulu seperti langkah-langkah yang dikongsikan ini :

  • Emel pengaktifan akan dihantar ke emel yang didaftarkan selepas pegawai SPR membuat pengesahan.
  • Klik LINK PENGAKTIFAN yang diberikan.
  • Lihat paparan PENGKATIFAN AKAUN.
  • Lakukan pendaftaran sebagai pengundi sehingga selesai.

3 ISI BORANG A (PENDAFTARAN PEMILIH)

Seterusnya anda perlu mengisi Borang A iaitu borang Pendaftaran Pemilih seperti :

  • Log masuk di mysprdaftar.spr.gov.my
  • Klik STATUS SAYA
  • Klik BORANG A (PENDAFTARAN BARU/PERTUKARAN ALAMAT)
  • Lengkapkan borang dengan mengisi maklumat yang diminta.
  • Ikuti setiap langkah-langkah pendaftaran satu persatu.
  • Mohon NOMBOR TAC, masukkan NOMBOR TAC tadi dan klik HANTAR.
  • Klik HANTAR/CETAK BORANG A dan paparan BORANG A akan dipaparkan.
  • Pendaftaran selesai.

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh hubungi SPR di talian berikut :

By zeo