[Panduan Lengkap] Tip Berpakaian Bagi Calon Lelaki Yang Akan Hadir Temuduga

[PANDUAN LENGKAP] Tip Pemakaian Bagi Calon Lelaki Yang Akan Hadir Temuduga

Apabila anda telah berjaya mendapat tawaran menghadiri temuduga, banyak perkara yang perlu dilakukan untuk membuat persiapan menghadiri temuduga. Antaranya adalah membuat ulangkaji soalan yang bakal ditanya samasa temuduga, latar belakang syarikat dan tugas-tugas yang perlu dilakukan berkaitan jawatan yang ditawarkan.

Walaupun begitu, terdapat perkara utama yang perlu anda beri perhatian iaitu penampilan anda ketika menghadiri sesi temuduga yang akan dijalankan. Penampilan untuk hadir temuduga tidak difokuskan kepada calon wanita sahaja. Tetapi, calon lelaki juga perlu berikan perhatian terhadap penampilan diri anda ketika menghadiri temuduga.

Artikel ini akan berkongsi mengenai tip berpakaian bagi calon lelaki yang akan menghadiri temuduga.

TIP PEMAKAIAN BAGI CALON LELAKI

Berikut adalah tip pemakaian bagi calon lelaki yang akan menghadiri temu duga:

1. Memakai Sut

tip pemakaian

Anda dinasihatkan untuk memilih sut yang berwarna gelap dan lengkap. Sut terdiri daripada jaket yang sepadan dengan seluar, kemeja yang formal, bertali leher dan berstokin. Pastikan anda memilih sut yang  selesa dan sesuai dengan potongan badan anda. Elakkan memakai kemeja yang mempunyai potongan badan ketat kerana ianya mungkin membuatkan anda berasa kurang selesa ketika sesi temuduga dijalankan.

2. Memakai Seluar Yang Sesuai

Untuk hadir temuduga, anda perlulah mengenakan pakaian formal. Anda dinasihatkan untuk memakai seluar yang sesuai bersama sut yang anda pilih. Seluar yang dipakai perlu mengikut saiz dan ukuran panjang kaki agar anda kelihatan kemas. Labuh seluar hendaklah berada tepat pada buku lali anda. Pakaian yang hendak dipakai mestilah diseterika terlebih dahulu.

3. Memakai Kasut Yang Bertutup

tip pemakaian

Sesetengah individu tidak mengambil berat mengenai pemakaian kasut yang sesuai. Kasut yang bertutup, kemas dan bersih akan menampakkan anda seorang yang serius untuk hadir temuduga. Pastikan anda berstokin sebelum memakai kasut bagi mengelakkan kaki anda terlihat ketika anda duduk. Antara jenis kasut bertutup yang anda boleh pakai ketika hadir temuduga adalah Derby, Oxford dan Balmoral. Untuk maklumat lanjut mengenai pemakaian kasut yang sesuai, anda boleh KE SINI.

4. Memakai Deodorant

Pakailah deodorant sebelum menghadiri interview. Jika badan anda jenis yang mudah berbau bawalah deodorant dan minyak wangi bersama anda supaya dapat digunakan ketika waktu kecemasan. Anda mungkin tidak menyedari bau badan anda akan mengganggu keselesaan calon temuduga yang lain. Sekiranya anda memakai minyak wangi pastikan anda menggunakannya secara sederhana dan tidak berlebihan kerana anda mungkin menyebabkan panel penemuduga anda berasa tidak selesa dengan bau dari pewangi anda.

5. Memakai Eksesori

tip pemakaian

Penambahan aksesori pada diri anda akan menambahkan lagi seri pada penampilan anda. Antara aksesori yang boleh ditambah adalah seperti  jam tangan dan tali pinggang. Pemakaian jam tangan yang bewarna emas, perak dan kulit akan menunjukkan anda seorang yang profesional. Bagi tali pinggang pula pilihlah tali pingang dengan kepala (buckle) dan berkulit.

6. Kekemasan Rambut

tips pemakaian

Calon lelaki pastikan rambut anda sentiasa kemas dan pendek. Rambut akan memberi kesan terhadap wajah anda. Pemilihan gaya rambut yang sesuai juga penting untuk penampilan anda. Pastikan anda tidak memakai produk penjagaan rambut yang berlebihan kerana rambut anda akan kelihatan berminyak.

7. Kuku Yang Bersih

Calon lelaki selalunya akan terlepas pandang mengenai kuku mereka. Kuku yang bersih juga diperhatikan oleh panel penemuduga kerana ianya berkaitan dengan kebersihan diri anda. Kebersihan kuku menunjukkan anda seorang yang menjaga kebersihan diri dan mungkin anda akan menjadi pilih majikan kerana anda seorang yang pembersih.

Calon lelaki yang akan menghadiri temuduga digalakkan untuk mengikuti tip-tip di atas. Penampilan anda merupakan perkara pertama dilihat oleh panel penemu duga. Anda perlulah tampil kemas dan yakin pada hari penting anda supaya anda mendapat pekerjaan yang dimohon.

Selamat Maju Jaya!

By Azwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *