Panduan Membuat Semakan Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bagi individu yang telah yang mengemukakan permohonan boleh membuat semakan status permohonan anda. Anda boleh menyemak status permohonan anda secara atas talian.

Untuk membuat semakan status kelulusan BSH adalah mudah. Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

CARA BUAT SEMAKAN STATUS BSH

Permohon boleh membuat semakan BSH secara atas talian dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pergi ke laman rasmi Bantuan Sara Hidup LHDNM
  2. Klik Semakan Status Permohonan  

semakan status permohonan bsh

3. Masukkan Nombor MyKad

4. Isi captcha dan tekan butang Semak.

5. Maklumat yang akan dipaparkan

    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

MAKSUD STATUS PERMOHONAN BSH 2020

Berikut adalah maksud status permohononan Bantuan Sara Hidup:

  • Permohonan Diterima
    • Permohonan telah dikemaskini bagi BSH 2020 tetapi belum menjalani proses semakan dan verifikasi kelayakan.
  • Belum Kemas Kini
    • Permohonan BSH sebelum ini yang telah di bawa ke BSH 2020. Sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat, tindakan kemas kini tidak perlu dibuat. Permohonan berkenaan akan melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan berdasarkan maklumat BSH sebelum ini.
  • Tidak Layak
    • Sila hubungi cawangan LHDNM berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.
  • Tiada Rekod
    • Mesej berkenaan dipaparkan kerana anda tidak mempunyai rekod Permohonan BSH sebelum ini. Oleh itu, anda boleh membuat Permohonan Baharu mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

MAKLUMAT PEMBAYARAN (STATUS KREDIT)

Berikut adalah maklumat pembayaran bagi status pembayaran BSH:

  • Dalam Proses Pengkreditan
    • Merujuk kepada data pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 dalam proses pengkreditan ke akaun mulai 20 Januari 2020. Anda boleh membuat semakan pada penyata akaun bank penerima mulai 20 Januari 2020.
  • Gagal Kredit
    • Sekiranya Status Kredit yang dipaparkan adalah Gagal Kredit, Surat Makluman Bayaran Fasa Pertama Gagal Kredit BSH 2020 akan diposkan kepada penerima bagi penunaian di Kaunter BSN. Jika penerima tidak menerima Surat Makluman berkenaan, penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad setelah Maklumat No Baucar dipaparkan pada Maklumat Pembayaran.
  • Pembayaran Secara Tunai
    • Merujuk kepada pembayaran BSH 2020 adalah secara tunai di Kaunter BSN. Anda boleh hadir untuk penunaian BSH 2020 di Kaunter BSN.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh melayari laman web rasmi Portal Bantuan Sara Hidup.

By Azwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *