Cara Mohon Pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Koperasi yang memerlukan modal untuk melaksanakan sesuatu projek boleh membuat permohonan Pembiayaan Tabung Modal Pusingan SKM untuk mendapatkan modal yang diperlukan.

Menarik! Tetapi bagaimana pula nak mohon Pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)?

Dan, siapa pula yang layak untuk memohon Pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ini?

INFO RINGKAS PEMBIAYAAN TABUNG MODAL PUSINGAN SKM

Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) ini:

  • Telah diwujudkan di bawah Akta Acara Kewangan 1957 dalam tahun 1985.
  • Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) adalah bertujuan membantu koperasi dalam penyediaan dana untuk melaksanakan projek yang berdaya maju.

JENIS-JENIS PINJAMAN/PEMBIAYAAN DISEDIAKAN

Jenis-jenis pinjaman/pembiayaan yang disediakan kepada koperasi ialah:

  • Modal Pusingan
    a. Pengguna
    b. Pekerja-pekerja kontrak
    c. Perkhidmatan
    d. Ar-Rahnu/ Kredit
  • Pembangunan Hartanah
    a. Pinjaman Sementara (Bridging Finance)
    b. Bayaran Premium
    c. Kos Pembangunan
  • Pemilikan Harta
    a. Membeli Tanah/ Bangunan/ Kilang
    b. Ubah suai/ baik pulih
    c. Pembinaan bangunan
  • Pengangkutan (Pembelian Kenderaan)
  • Asas Tani
  • Pertanian
  • Perindustrian
  • Mesin/ Jentera

Pinjaman/Pembiayaan yang ditawarkan pula mempunyai 2 jenis kategori iaitu:

1. Bercagar

  • Jumlah pembiayaan: ≤ RM50,000
  • Tempoh Pembiayaan (Maksimum Tahun): 5 tahun

2. Bercagar

  • Jumlah pembiayaan: RM50,001 ≤ RM10 juta
  • Tempoh Pembiayaan (Maksimum Tahun): 10 tahun

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Sebelum itu, ketahui dahulu siapakah yang layak membuat permohonan Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) terlebih dahulu.

Siapa yang layak membuat permohonan Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM)?

  • Semua koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang diselia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah layak untuk memohon.

Syarat kelayakan yang ditetapkan pula ialah:

  • Koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
  • Koperasi telah didaftarkan tidak kurang daripada 18 bulan dan akaunnya telah diaudit.
  • Projek yang akan dilaksanakan adalah berdaya maju (viable).
  • Pentadbiran dan pengurusan koperasi mematuhi Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi 1995 dan Undang-undang Kecil Koperasi.
  • Pengurusan perakaunan adalah teratur dan dikemaskini dan penyata kewangan semasa telah diaudit.
  • Projek yang akan dibiayai memberi manfaat kepada anggota-anggota dan koperasi.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Kemukakan dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM):

  1. Rancangan Eksekutif
  2. Latar Belakang Projek
  3. Sejarah Koperasi
  4. Latar Belakang Pengurusan
  5. Produk atau Perkhidmatan
  6. Strategi Pemasaran
  7. Rancangan Pengeluaran dan Operasi
  8. Rancangan Organisasi
  9. Rancangan Kewangan
  10. Jadual Pelaksanaan Projek
  11. Rumusan
  12. Lampiran dan Dokumen Sokongan

Sertakan bersama dokumen-dokumen lain seperti berikut:

  1. Borang Permohonan Pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK): 3 salinan
  2. Cabutan Minit Mesyuarat Agung yang meluluskan had maksimum keterhutangan yang disahkan oleh Lembaga: 3 salinan
  3. Cabutan Minit Mesyuarat Lembaga yang meluluskan cadangan untuk memohon pinjaman/ pembiayaan TMP-SKM yang disahkan oleh Lembaga: 3 salinan
  4. Senarai Anggota Lembaga semasa (seperti kehendak Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Koperasi 1995) yang disahkan oleh Lembaga: 3 salinan
  5. Cabutan Undang-Undang Kecil Koperasi yang membenarkan koperasi menjalankan projek berkenaan yang disahkan oleh Lembaga: 3 salinan
  6. Penyata kewangan lengkap teraudit bagi 3 tahun terakhir: 3 salinan
  7. Penyata terima dan bayaran bulanan bagi tahun semasa yang disahkan oleh Lembaga: 3 salinan
  8. Penyata bank bagi 3 bulan terakhir: 3 salinan
  9. Kertas kerja projek: 3 salinan
  10. Dokumen cagaran (di mana perlu): 3 salinan

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online dipautan berikut:

Cara Mohon Pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia

  • Daftar masuk terlebih dahulu.
  • Kemudian lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam Sistem Permohonan Pembiayaan Kredit SKM
  • Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan ke dalam sistem. Rujuk senarai dokumen di atas.

Tunggu permohonan anda diproses.

Bagi penerima Bantuan Bulanan JKM pula bakal menerima bayaran lebih awal dari yang dijadualkan bermula: 25 November hingga 30 November 2021. Namun, bila pula tarikh bayaran Bantuan Bulanan JKM bagi bulan Januari 2022? Klik sini untuk semakan ya!

By zeo