Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun JPN, Ini Cara Mohon Secara Online

Selepas ini ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak berumur 12 tahun boleh membuat permohonan MyKad secara online sahaja.

Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.

Kaedah untuk permohonan MyKad secara online in sangat digalakkan untuk dipraktiskan buat masa kini dan sesuai dengan keadaan semasa yang berlaku kini.

Jadi, dapatkan info berkaitan syarat serta cara membuat permohonan MyKad kanak-kanak berumur 12 tahun seperti yang dikongsikan ini.

SYARAT PERMOHONAN MYKAD KANAK-KANAK 12 TAHUN

Syarat permohonan untuk MyKad Kanak-Kanak 12 tahun secara online adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
  • Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur iaitu:
    – Ibu atau Bapa; atau
    – Penjaga (Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
  • Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
  • Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.
  • Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.

CARA MOHON MYKAD KANAK-KANAK 12 TAHUN SECARA ONLINE

Untuk membuat permohonan MyKad Kanak-Kanak 12 tahun secara online, anda hanya perlu:

Permohonan MyKad Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun Secara Online. Ini Caranya

  • Klik LOG MASUK/LOGIN untuk meneruskan permohonan anda.

Permohonan MyKad Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun Secara Online. Ini Caranya

  • Masuk dengan menggunakan ID dan PASSWORD yang telah anda daftarkan.
  • Isikan maklumat dengan lengkap.
  • Klik HANTAR untuk mengantar permohonan anda.
  • CETAK borang permohonan yang telah lengkap.
  • Bawa salinan permohonan ke kaunter JPN yang terdekat untuk proses seterusnya.

MANUAL PENGGUNA PERMOHONAN MYKAD KANAK-KANAK 12 TAHUN ONLINE

DOKUMEN SOKONGAN

Anda perlu mengemukakan beberapa dokumen sokongan yang diperlukan dan dokumen tersebut adalah:

1. DOKUMEN PEMOHON (ASAL)

  • Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara atau Lampiran A (JAKOA).
  • Pasport bagi pemohon yang menetap di luar negara.

2. DOKUMEN PENGANJUR (ASAL)

  • Kad Pengenalan Penganjur (Ibu Atau Bapa Atau Penjaga)
  • Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan, perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.
  • Pasport negara asal penganjur bagi yang Bukan Warganegara.

3. DOKUMEN SOKONGAN

  • Sekiranya alamat tidak selaras dengan alamat penganjur, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

BAYARAN PERMOHONAN MYKAD KANAK-KANAK 12 TAHUN ONLINE

Anda boleh rujuk jadual berikut untuk mendapatkan bayaran yang dikenakan sekiranya membuat permohonan MyKad Kanak-Kanak 12 tahun secara online:

Permohonan MyKad Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun Secara Online. Ini Caranya

Baca juga: JPN EServices: Permohonan Perkhidmatan JPN Secara Online. Semak Cara Permohonan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan MyKad Kanak-Kanak 12 tahun secara online sila hubungi:

SUMBER

 

By zeo