Yayasan LTAT hari ini telah memuat naik borang Program Bantuan IPTA Yayasan LTAT dan ia terbuka kepada anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Secara tidak langsung, Program Bantuan IPTA Yayasan LTAT ini membantu mengurangkan beban kepada anggota ATM untuk memastikan anak-anak mereka menyambung pengajian dengan selesa.
Dapatkan syarat-syarat permohonan Program Bantuan IPTA Yayasan LTAT disini dan mohon sebelum terlambat.
TARIKH AKHIR PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN IPTA YAYASAN LTAT
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu membuat permohonan Program Bantuan IPTA Yayasan LTAT sebelum tarikh tutup pada:
- 28 Februari 2022
SYARAT PERMOHONAN
Setiap pemohon perlu mengikuti syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat tawaran mengikuti program Pengajian Ijazah Pertama di Universiti Awam (IPTA) bagi sesi 2021/2022.
- Program pengajian Ijazah Pertama sepenuh masa.
- Tamat Pengajian SPM/SPMV atau Asasi/Matrikulasi dan STPM sahaja yang layak memohon.
- Berumur tidak melebihi 21 tahun.
- Bukan di kalangan pemegang Diploma/Diploma yang ditawarkan Program Penerapan/Trek Pantas ke peringkat Ijazah pertama.
- Permohonan dari anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat sahaja.
CARA MOHON
Untuk membuat permohonan, muat turun borang yang disediakan disini terlebih dahulu.
- https://www.ltat.org.my/wp-content/
- Lengkapkan borang permohonan.
Seterusnya sertakan bersama dokumen-dokumen penting berikut:
- 2 x salinan Kad Pengenalan pemohon.
- 2 x salinan penyata akaun SSPN-i PTPTN pemohon (jika ada).
- 2 x salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam (IPTA) yang diiktiraf oleh kerajaan.
- 2 x salinan resit bayaran / transaksi online yang telah disahkan oleh pihak Pejabat Bendahari Universiti.
- 2 x salinan Slip Keputusan SPM/SPMV.
- 2 x salinan Transkrip Akademik Asasi/
- 2 x salinan My Tentera ibu/bapa atau penjaga.
- Jika Anak Angkat/Anak Tiri hendaklah disertakan PERBAH II Pasukan.
Seterusnya, borang dan dokumen yang telah lengkap perlu dihantar ke:
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota, Jabatan Arah Pendidikan
Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
UP: Sel Pendidikan Am
Email: [email protected]
MAKLUMAT TAMBAHAN
Terdapat beberapa maklumat tambahan yang perlu anda ambil tahu untuk membuat permohonan seperti berikut:
- Pembayaran dermasiswa akan dikreditkan terus ke dalam akaun SSPN-i PTPTN pemohon.
- Bantuan dermasiswa adalah bergantung kepada kedudukan kewangan dan jumlah dana yang diterima daripada Syarikat Kumpulan LTAT.
- Semua dokumen yang telah diserahkan tidak akan dikembalikan kepada pemohon.
- Setiap salinan fotokopi hendaklah jelas dan berukuran saiz A4.
Ibu bapa yang memerlukan bantuan persekolahan bagi Tahun 2022 boleh klik pautan di bawah dan buat permohonan dengan segera:
- Cara Mohon Bantuan Awal Persekolahan MAINS Tahun 2022 Bagi Golongan B40
- Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2022 Dinaikkan Sehingga RM150. Syarat Kelayakan Masih Sama!
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai Yayasan LTAT, boleh hubungi Urusetia Yayasan LTAT di saluran berikut:
- 03-2148 9777/184/203
- http://www.yayasanltat.org.my/skim-dermasiswa/