Permohonan Program Geran Kecil Alam Sekitar & Teknologi Hijau Negeri Selangor Dibuka!

Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan bahawa permohonan Program Geran Kecil Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Selangor Tahun 2021/2022 telah dibuka.

Persatuan Penduduk/NGO/JMB/Sekolah/IPT/Rumah Ibadat boleh membuat permohonan secara online melalui pautan yang dikongsikan disini sahaja.
Seterusnya dapatkan terma dan syarat yang ditetapkan dan buat permohonan sebelum tarikh tutup ya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 

Persatuan Penduduk/NGO/JMB/Sekolah/IPT/Rumah Ibadat perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada:

  • 31 Disember 2021

OBJEKTIF GERAN KECIL ALAM SEKITAR & TEKNOLOGI HIJAU NEGERI SELANGOR 2021/2022

Program Geran Kecil Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Selangor Tahun 2021/2022 adalah:

  • Bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar serta menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan seharian rakyat Negeri Selangor.
  • Membantu komuniti dalam organisasi dan persatuan untuk mengakses pembiayaan bagi projek inovasi berkaitan inisiatif untuk melaksanakan atau meningkatkan pemuliharaan air, pengurusan sisa buangan, penjimatan tenaga atau penanaman pokok.

TEMA PROGRAM/PROJEK

Untuk pengetahuan anda, permohonan Program Geran Kecil Alam Sekitar dan teknologi Hijau mesti mengikut tema seperti berikut:

ALAM SEKITAR (Peruntukan RM10,000)

  • Pendidikan Alam Sekitar
  • Pembersihan Sungai
  • Penanaman Pokok
  • Kitar Semula Sisa Buangan

TEKNOLOGI HIJAU (Peruntukan RM20,000)

  • Program Kayuhan Bebas Karbon
  • Program Kesedaran Komuniti Tentang Perubahan Iklim
  • Pemasangan Produk Berkaitan Teknologi Hijau
  • Kempen dan Kesedaran Pengumpulan Sisa e-Waste

TERMA & SYARAT PERMOHONAN

Terma dan syarat permohonan untuk menyertai Program Geran Kecil Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Selangor Tahun 2021/2022 ialah:

  • Organisasi atau persatuan yang tidak berasaskan keuntungan.
  • Berdaftar dan berpangkalan di Negeri Selangor.
  • Pelaksanaan program/projek di Negeri Selangor.
  • Bagi Organisasi/Persatuan yang tidak berpangkalan di Negeri Selangor.

Namun, permohonan seperti berikut tidak akan dipertimbangkan untuk menyertai Program Geran Kecil Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Selangor Tahun 2021/2022:

  • Program/projek yang telah mendapat pembiayaan sepenuhnya daripada organisasi lain
  • Pembiayaan untuk menanggung kos pentadbiran persatuan (sewa bangunan,bil utiliti, gaji pekerja, kos perjalanan)
  • Pembelian peralatan elektronik seperti telefon bimbit, komputer riba dan lain-lain yang tidak menyumbang kepada pelaksanaan program
  • Program/projek yang berunsurkan politik, kutipan derma dan mempromosikan rokok, arak, dadah dan aktiviti perjudian
  • Program/projek yang dilaksanakan di luar Negeri Selangor
  • Program/projek yang sedang/telah dilaksanakan sebelum geran diluluskan

CARA MOHON

Anda boleh membuat permohonan secara online di:

Atau dapatkan borangdi:

Sertakan bersama dokumen berikut ketika membuat permohonan:

  1. Kertas kerja program / projek
  2. Penyata bank organisasi terkini
  3. Salinan Perakuan Pendaftaran (Sekolah, Universiti dan Rumah Ibadat) / Sijil Pendaftaran Persatuan (ROS)
  4. Carta organisasi persatuan

Pastikan semua dokumen ini di simpan dalam bentuk format PDF dan Microsoft Word sahaja.

IKLAN PERMOHONAN

Permohonan Program Geran Kecil Alam Sekitar & Teknologi Hijau Negeri Selangor Dibuka!

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Bina & Baiki Rumah Golongan B40 Selangor SSIPR

MAKLUMAT LANJUT & PERMOHONAN

Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai permohonan Program Geran Kecil Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Selangor Tahun 2021/2022, sila hubungi Urusetia Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar & Teknologi Hijau Negeri Selangor di talian:

 

By zeo