Hai warga negeri Perak! Moh kita semua ikuti Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling) secara percuma!
Malahan, anda yang ikuti Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling) akan diberikan elaun RM500 dan sijil disediakan kepada anda semua.
Kalau begitu, macam mana nak mohon untuk ikuti Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling) ini?
PROGRAM PERCUMA!
Tiada bayaran dikenakan kepada anda sekiranya mengikuti Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling) yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak kerana ianya dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak.
Malah, anda juga akan menerima elaun sebanyak:
- RM500 jika berjaya mengikuti program ini.
KELEBIHAN PROGRAM LATIHAN PENINGKATAN KEMAHIRAN UPSKILLING
Antara kelebihan yang peserta perolehi setelah mengikuti Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling) adalah seperti berikut:
- Latihan kemahiran berasaskan industri
- Memberikan nilai tambah kepada peserta
- Tenaga pengajar yang berpengalaman dan terlibat secara langsung dalam industri
- Penyedia latihan mempunyai jaringan yang luas dalam industri
KURSUS DISEDIAKAN
Terdapat 6 kursus yang ditawarkan dalam Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling) iaitu:
Kursus Kraf Digital
Kursus Membaiki Enjin Bot Kecil
Pastri dan Kek
Peleraian Kereta
Program Latihan Pemasangan dan Perkhidmatan
Program Latihan Perkhidmatan Penyaman Udara
CARA MOHON
Buat pendaftaran terlebih dahulu dipautan berikut:
- https://bit.ly/ProgramLatihanPeningkatanKemahiran
- Lengkapkan borang permohonan anda
- Klik Submit untuk hantar permohonan anda.
Atau imbas Kod QR pada poster di atas untuk mendaftar.
Anda juga boleh membuat pencarian kerja melalui MyFutureJobs dan buat pendaftaran disini.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling), sila hubungi:
- [email protected]
- https://perakpasak.org/
- https://api.whatsapp.com/
- https://api.whatsapp.com/2
-
Facebook Talent Perak