Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) membuka permohonan untuk program pembangunan pendidikan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.
Bantuan ini bertujuan untuk memudahkan pelajar-pelajar yang beragama Islam yang bermastautin di Negeri Perak untuk mendapatkan bantuan zakat bagi memasuki mana-mana IPTA dan IPTS dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Ikuti perkongsian ini untuk semak syarat kelayakan dan cara permohonan dilakukan.
KADAR BANTUAN
Berikut adalah kadar bantuan akan diberikan mengikut peringkat pengajian pelajar:
- SIJIL / MATRIKULASI / STPM / STAM / SPMV(KV) – RM 500.00
- DIPLOMA / DPMV(KV) – RM 600.00
- IJAZAH – RM 700.00
SYARAT UMUM PERMOHONAN
Berikut adalah syarat umum bagi permohonan skim bantuan pendidikan ini:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia (kecuali Ibnu Sabil).
- Bermastautin di Negeri Perak.
- Tergolong dalam Asnaf Fakir / Miskin / Muallaf / Ibnu Sabil / Fisabilillah (tertakluk had kifayah).
- Setiap peringkat pengajian hanya sekali sahaja bantuan akan diberi.
- Tarikh memohon tidak melebihi 3 bulan dari tarikh daftar diri ke IPTA / IPTS
- Tempoh pengajian mestilah melebih tempoh setahun atau 12 bulan.
- Pemohon mestilah bermastautin dalam Negeri Perak.
- Mana-mana IPTA-IPTS yang ada memberi elaun secara bulanan adalah tidak layak memohon.
- Permohonan ini tertakluk kepada PENGAJIAN SEPENUH MASA SAHAJA.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk mengemukakan permohonan ini:
- Salinan Kad Pengenalan / Pasport pemohon
- Salinan Kad Pengenalan / Pasport pasangan pemohon (jika berkahwin)
- Salinan Kad Pengenalan bapa / penjaga
- Salinan Kad Pengenalan ibu / pasangan penjaga
- Salinan Kad Pengenalan semua ahli isi rumah
- Salinan penyata pendapatan pemohon
- Salinan penyata pendapatan pasangan pemohon
- Salinan penyata pendapatan bapa / penjaga
- Salinan penyata pendapatan ibu / pasangan penjaga
- Salinan penyata / buku akaun bank terkini
PANDUAN MENGISI BORANG
Berikut adalah panduan untuk mengisi borang permohonan skim bantuan pelajaran:
- Pemohon hendaklah mengisi borang yang berasingan sekiranya memohon lebih daripada satu skim bantuan.
- Borang ini mesti diisi dengan menggunakan HURUF BESAR.
- Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama pelajar.
- Hanya borang yang lengkap akan diproses.
- Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah mengikut alamat tempat tinggal.
CARA PERMOHONAN
Untuk membuat permohonan, pemohon perlulah mencetak borang permohonan tidak melebihi 3 bulan dari tarikh daftar diri ke IPTA / IPTS di pautan di bawah serta melengkapkan maklumat yang diberikan.
BORANG PERMOHONAN BANTUAN PELAJARAN
Pemohon perlulah melengkapkan borang permohonan sertakan lampiran dokumen yang diperlukan. Borang permohon perlulah dihantar mengikut alamat tempat tinggal ke pejabat pentadbiran MAIPk seperti alamat di berikut:
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk mengemukakan permohonan skim bantuan pelajaran.
Selamat Mencuba!