Sepanjang pandemik Covid-19, pelbagai masalah telah dihadapi oleh orang ramai dan ada yang sehingga kehilangan tempat tinggal kerana tidak dapat membayar sewa bulanan akibat kehilangan pekerjaan.
Memahami masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dan keinginan untuk memiliki rumah sendiri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan program Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah IKRAM KPKT.
Dengan hanya bayaran RM124 sebulan, pastinya tiada lagi rakyat yang tiada tempat kediaman yang selesa untuk didiami selepas ini.
INFO RINGKAS INISIATIF KEDIAMAN RUMAH KELUARGA MALAYSIA (IKRAM) KPKT
Merupakan satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat memiliki kediaman yang selesa.
Inisiatif ini juga bersifat cushion atau penampan yang dikhususkan kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik Covid-19 seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan sebagainya.
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican
IKRAM pula bermaksud memuliakan dalam bahasa Arab dan ia menjadi hasrat KPKT untuk memberi kemuliaan kepada Keluarga Malaysia yang memerlukan.
Baca juga: Cara Mohon Skim Perumahan Mampu Milik Penjawat Awam (PPAM)
TARIKH PERMOHONAN
Orang ramai boleh membuat permohonan secara online mulai:
- 15 September 2021
JUMLAH BAYARAN SEWA BULANAN
Jumlah bayaran sewa yang perlu dibayar adalah sebanyak:
- RM124/sebulan (minimum)
Tempoh sewaan adalah sehingga:
- 2 tahun
JUMLAH KEDIAMAN & LOKASI
Jumlah kediaman bagi permulaan inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah IKRAM KPKT adalah seperti berikut:
- 1,000 unit kediaman di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR)
Manakala lokasi bagi 1,000 unit kediaman ini adalah disekitar negeri:
- Selangor
- Kuala Lumpur
- Kedah
- Kelantan
- Johor
SYARAT PERMOHONAN INISIATIF KEDIAMAN RUMAH KELUARGA MALAYSIA (IKRAM) KPKT
Syarat untuk permohonan inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah IKRAM KPKT adalah seperti berikut:
- Pemohon dan pasangan mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
- Tidak memiliki rumah, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
CARA MOHON INISIATIF KEDIAMAN RUMAH KELUARGA MALAYSIA (IKRAM) KPKT
Bagi anda yang berminat untuk memohon inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah IKRAM KPKT, permohonan mestilah melalui pautan berikut:
- https://teduh.kpkt.gov.my
- Buat pendaftaran bagi anda yang belum pernah membuat pendaftaran.
- Bagi yang anda yang telah membuat pendaftaran, log masuk menggunakan ID dan Kata Laluan yang telah anda daftarlan sebelum ini.
DOKUMEN SOKONGAN
Sertakan bersama dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan anda:
Baca juga: Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) Bagi Yang Berpendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi RM3,000
KENYATAAN MEDIA
Anda juga boleh merujuk kenyataan media yang dikongsikan ini untuk rujukan anda.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah IKRAM KPKT sila hubungi Jabatan Perumahan Negara disaluran berikut:
- 03-8891 4475