Daftar & Ini Cara Claim Save 2.0 Shopee, Baucar RM200 Barang Elektrik

Jom beli barangan elektrik daripada Shopee dengan menggunakan baucar Program Save 2.0 iaitu sebanyak RM200 dan anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan baucar Save 2.0.

Untuk pengetahuan anda, Program Save 2.0 adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh SEDA dengan kerjasama Shopee Malaysia sepertimana yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021.

Jadi, daftar dengan segera kerana Save 2.0 ini adalah sangat terhad iaitu siapa cepat dia dapat dan dapatkan maklumat seterusnya melalui perkongsian ini.

OBJEKTIF SAVE 2.0 BAUCAR RM200 SHOPEE

Objektif Program Save 2.0 ialah:

  • Meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan elektrik cekap tenaga yang akan menjimatkan tenaga elektrik pengguna terutamanya pengguna domestik.
  • Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf 5 bintang dan 4 bintang dan peralatan cekap tenaga di pasaran

SYARAT KELAYAKAN SAVE 2.0 BAUCAR RM200 SHOPEE

Syarat kelayakan untuk mendapatkan baucar RM200 Save 2.0 ialah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pengguna / pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, SEB.
  • Menggunakan e-Rebat untuk pembelian penyaman udara ATAU peti sejuk berlabel 4 bintang ATAU 5 bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021.
  • 1 akaun bil untuk 1 e-Rebat (siapa cepat dia dapat).

PERALATAN ELEKTRIK PROGRAM SAVE 2.0

Peralatan elektrik yang mendapat rebat Program Save 2.0 RM200 Shopee ialah:

  • Penyaman udara
  • Peti sejuk

** Peralatan elektrik ini mestilah tenaga berlabel 4 bintang atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)

CARA MENDAPATKAN BAUCAR SAVE 2.0 RM200 SHOPEE

Untuk dapatkan baucar Save 2.0 RM200 Shopee ini, anda perlu membuat pendaftaran seperti berikut:

Daftar & Ini Cara Claim Save 2.0 Shopee, Baucar RM200 Barang Elektrik

  • Masukkan maklumat seperti yang diminta termasuk akaun pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, SEB.
  • Tandakan butang pengesahan dan klik HANTAR / SUBMIT.

Daftar & Ini Cara Claim Save 2.0 Shopee, Baucar RM200 Barang Elektrik

  • Permohonan yang diluluskan akan menerima baucar RM200 yang akan dikreditkan ke dalam Shopee Wallet anda.

Daftar & Ini Cara Claim Save 2.0 Shopee, Baucar RM200 Barang Elektrik

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Save 2.0 Baucar RM200 Shopee, sila layari pautan berikut:

By zeo