Pelajar yang ingin menyambung pengajian di Sekolah-sekolah Khusus bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat boleh membuat permohonan kemasukan pada 10 Oktober 2021 ini.
Permohonan adalah secara online pada pautan yang akan dikongsikan melalui artikel ini.
Juga diingatkan kepada pelajar dan ibu bapa, permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat adalah untuk kemasukan tahun 2022 sahaja.
TARIKH PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS
Pelajar boleh membuat permohonan untuk kemasukan ke Sekolah Khusus pada tarikh berikut:
- 10 Oktober 2021 hingga 31 Disember 2021
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan adalah secara online pada pautan berikut:
Tingkatan Satu
Tingkatan Empat
JENIS SEKOLAH KHUSUS
Antara Sekolah Khusus yang terlibat dengan permohonan untuk kemasukan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Tahun 2022 ialah:
TINGKATAN SATU & EMPAT
- Sekolah Berasrama Penuh
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
TINGKATAN EMPAT
- Sekolah Menengah Teknik
- Maktab Tentera Diraja
TAHUN SATU
- Kolej Vokasional
SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS
Syarat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia
- Murid Tahun Enam Tahun 2021:
a) Berumur 12 tahun
b) Lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010 - Murid Tingkatan Tiga Tahun 2021:
a) Berumur 15 tahun
b) Lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007
PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)
Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi tujuan:
- Pemilihan murid untuk kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Sekolah Khusus mulai 2021
TARIKH SEMAKAN & CARA MEMBUAT SEMAKAN
Semua pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran secara dalam talian bermula 7 Januari 2022 ini.
Anda boleh membuat semakan secara online melalui pautan berikut:
- Tingkatan 1: https://spsdkt1.moe.gov.my/
- Tingkatan 4/Tahun 1 KV: https://spskt4.moe.gov.my/
TARIKH PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)
Pentaksiran bagi Tingkatan Satu akan bermula pada:
- 17 Januari hingga 27 Januari 2022
Manakala bagi Tingkatan Empat bermula pada:
- 7 Februari hingga 17 Februari 2022
Komponen yang akan ditaksir ialah:
- Kecerdasan insaniah (20%)
- Kecerdasan intelektual (70%)
- Artikulasi penulisan (10%)
TARIKH PEMILIHAN MURID
Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada:
- 15 Mac 2022
Baca juga: [YTL] LFH Program YES, 7GB Percuma Belajar Dari Rumah Kepada Mahasiswa USM
KENYATAAN MEDIA
Anda juga boleh rujuk pada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti dibawah: