Perdana Menteri Malaysia menerusi Facebook rasmi beliau, telah mengumumkan bahawa penerima GKP 4.0 boleh membuat semakan status pembayaran mulai 22 November 2021 ini.
Penerima GKP 4.0 bagi Fasa 2 kali ini akan menerima bayaran sebanyak RM500 dan akan dikreditkan ke akaun penerima masing-masing.
Bilakah tarikh pembayaran bagi GKP 4.0 Fasa 2?
TARIKH SEMAKAN STATUS KELULUSAN GKP 4.0 FASA 2
Orang ramai boleh membuat semakan status kelulusan GKP 4.0 Fasa 2 mulai:
- 22 November 2021
Semakan adalah secara online melalui pautan berikut:
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan
- Klik ikon Search dan status kelulusan pembayaran akan dipaparkan.
TARIKH BAYARAN GKP 4.0 FASA 2
Manakala penerima GKP 4.0 Fasa 2 pula akan dikreditkan bayaran ke akaun masing-masing mulai:
- 23 November 2021
Jadi, anda boleh membuat semakan bayaran masuk ke akaun masing-masing secara online mengikut perkhidmatan online banking bank anda.
KADAR BAYARAN GKP 4.0
Kadar bayaran bagi GKP 4.0 adalah sebanyak 2 kali sahaja seperti berikut:
- RM500 (September 2021)
- RM500 (November 2021)
INFOGRAFIK GKP 4.0
Berikut adalah infografik mengenai GKP 4.0 seperti yang dikongsikan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob untuk rujukan anda.
Baca juga: Cara Nak Transfer Duit Ke ASB Secara Online. Tak Sampai Pun 5 Minit!
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut mengenai GKP 4.0, sila layari laman rasmi GKP Hasil dipautan berikut: