Rakyat Negeri Perlis dari golongan fakir, miskin dan mualaf yang ingin membaiki rumah atau membina sebuah rumah baru dipelawa untuk membuat permohonan mendapatkan bantuan melalui Skim Agihan Baik Pulih Rumah/Bina Baru rumah sekiranya tidak mampu.
Bantuan Skim Agihan Baik Pulih Rumah/Bina Baru rumah ini disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) dan anda boleh membuat permohonan pada bila-bila masa sahaja.
INFO RINGKAS SKIM AGIHAN BAIK PULIH RUMAH/BINA BARU MAIPS
Skim ini diwujudkan untuk Membantu golongan fakir, miskin dan muallaf dari segi kewangan bagi membaiki rumah atau membina sebuah rumah samada melalui Agihan MAIPs sepenuhnya atau dengan kerjasama dan Agihan dari agensi-agensi lain.
GOLONGAN SASARAN
Golongan sasaran yang layak untuk membuat permohonan ini adalah:
- Fakir
- Miskin
- Muallaf
SYARAT PERMOHONAN SKIM AGIHAN BAIK PULIH RUMAH/BINA BARU MAIPS
Syarat untuk permohonan Skim Agihan Baik Pulih Rumah/Bina Baru ialah:
Syarat Umum
- Islam.
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin (tinggal tetap) di negeri Perlis.
Syarat Tambahan
- Tiada pendapatan atau harta yang mencapai separuh haddul kifayah atau pendapatan kurang dari 50% haddul kifayah kerana:
*Tua/uzur/sebatang kara/cacat atau tiada upaya untuk menyara hidup.
*Tiada tempat bergantung atau teraniaya seperti balu, ibu tunggal, janda, isteri yang ditinggalkan dan isteri yang suaminya dipenjara.
*Isteri yang suaminya terlibat dengan Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS)/Human Immunodeficiency Virus (HIV) atau penagihan dadah atau mengidap sakit kronik.
*Lain-lain seumpamanya. - Pemohon tidak mempunyai rumah lain dan berusia 35 tahun ke atas kecuali bagi kes-kes tertentu berdasarkan keperluan atau yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kariah / Ahli Dewan Undangan Negeri.
- Rumah yang dimiliki terlalu uzur dan kerosakan rumah melebihi 70% kecuali bagi kes-kes tertentu berdasarkan keperluan atau yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kariah / Ahli Dewan Undangan Negeri.
- Status tanah yang membenarkan pembinaan kecuali Bantuan Baik Pulih Rumah MAIPs.
*Pemohon hendaklah mengemukakan Salinan Geran Tanah yang yang membenarkan pembinaan.
*Sekiranya tanah untuk pembinaan bukan milik sendiri, hendaklah mendapatkan Kebenaran Bertulis iaitu Akuan Sumpah yang sah di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 atau mengemukakan kebenaran oleh pemegang Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) daripada tuan tanah yang terlibat.
KAEDAH PELAKSANAAN SKIM AGIHAN BAIK PULIH RUMAH/BINA BARU MAIPS
Kaedah pelaksaan untuk skim ini ialah seperti berikut:
- Dikenal pasti oleh amil atau agensi berkaitan.
- Pemohonan mengemukakan permohonan kepada pihak Masjid dan pihak Masjid membuat pemilihan dalam MESYUARAT JAWATANKUASA KARIAH serta memanjangkan cadangan kepada pihak MAIPs.
- Seksyen Teknikal MAIPs mengeluarkan cadangan baikpulih
CARA BAYARAN/AGIHAN SKIM AGIHAN BAIK PULIH RUMAH/BINA BARU MAIPS
Cara bayaran/agihan untuk baik pulih rumah/bina baru adalah seperti berikut:
- Bayaran dibuat kepada kontraktor yang berdaftar dengan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
CARA MOHON SKIM AGIHAN BAIK PULIH RUMAH/BINA BARU MAIPS
Untuk membuat permohonan, sila lengkapkan borang permohoan berikut:
Setelah siap, hantar borang yang lengkap ke Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS).
- MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs)
A2, Taman Pengkalan Asam, Jalan Tuanku Syed Putra
01000 Kangar, Perlis
DOKUMEN SOKONGAN
Sertakan bersama dokumen berikut ketika menghantar borang permohonan anda:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon suami / isteri anak-anak dan tanggungan. Jika bercerai, sertakan salinan surat cera1. Jika meninggal dunia sertakan sijil kematian.
- Salinan report polis kes kemalangan, bencana alam, kebakaran, kecurian, kematian dan lain-lain.
- Salinan surat menyurat seperti perakuan perubatan daripada Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan / rawatan dan lain-lain dokumen / bil-bil yang boleh menyokong kebenaran kes; termasuklah surat mati jika suami/isteri meninggal dunia.
- Surat pengesahan atau sokongan adalah diperlukan sekiranya ada seperti salinan slip gaji dari majikan bagi yang bekerja dengan kerajaan atau swasta.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi MAIPS di:
- Telefon : 04-9794439, 04-9794434, 04-9794438
- Faks : 04- 9782400
- Emel : [email protected]