Koperasi Tentera sangat prihatin dengan kebajikan ahlinya sehingga menyediakan Skim Medic Koperasi Tentera dengan memberikan pelbagai perlindungan kepada ahlinya.
Ahli Koperasi Tentera boleh menggunakan kemudahan dan manfaat yang diberikan ini mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Skim Medic Koperasi Tentera.
Berminat untuk menyertai produk insurans Skim Medic KT? Dapatkan info berkaitan disini.
Baca juga: [Veteran ATM] 2 Jenis Jawatan Ditawarkan Prolintas Group Of Companies. Gaji Sehingga RM2,500
INFO RINGKAS SKIM MEDIC KT
Produk ini diperkenalkan pada tahun 2020.
Skim Medic KT ini hanya terbuka kepada anggota KT khusus untuk memberi perlindungan bagi kemasukan ke hospital, pembedahan serta bantuan rawatan kecemasan sekiranya berlaku kemalangan.
SKOP PERLINDUNGAN
Perlindungan 24 jam di seluruh dunia (kecuali negara yang tidak diiktiraf oleh Malaysia) samada di dalam tugas atau pun di luar tugas.
SYARAT KELAYAKAN SKIM MEDIC KT
Syarat kelayakan untuk menyertai SKim Medic KT ialah:
Had Umur Penyertaan Peserta
- Daripada 18 sehingga 64 tahun (di bawah umur 65)
Had Umur Penyertaan Anak
- Daripada 15 hari sehingga 25 tahun (masih di bawah tanggungan)
Had Umur Matang
- Di bawah umur 69 Tahun
KEAHLIAN & KAEDAH BAYARAN SUMBANGAN
Keahlian dan kaedah pembayaran adalah seperti berikut:
Anggota Tetap ATM / Kadet / Perajurit Muda dan Kerahan
- Potongan gaji bulanan melalui UGAT
PSTD, ROTU, PALAPES, Sukarela
- Bayaran sendiri setiap 6 atau setiap 12 bulan
Pesara Tentera
- Bayaran sendiri / Pelarasan Akaun Simpanan KT setiap 6 atau setiap 12 bulan
Kakitangan Awam KEMENTAH
- Bayaran awal 3 bulan sebelum potongan gaji melalui BIRO ANGKASA
APMM
- Potongan gaji melalui Majikan / Pelarasan Akaun Simpanan KT
TARIKH KUATKUASA PERLINDUNGAN
Tarihk kuatkuasa perlindungan Skim Medic KT adalah seperti berikut:
Tarikh Kuatkuasa Perlindungan
- 30 hari selepas potongan gaji pertama
Tempoh Menunggu
- Tiada Penyakit: 30 hari
- Penyakit Spesifik: 120 hari
- Penyakit Sedia Ada: 12 bulan
KADAR SUMBANGAN (BULANAN)
Rujuk jadual berikut untuk dapatkan kadar sumbangan secara bulanan seperti berikut:
PELAN | KATEGORI | KADAR SUMBANGAN (RM) |
Pelan 1 | Ahli Sahaja | 74.50 |
Pelan 2 | Ahli dan Pasangan | 181.70 |
Ahli dan Anak(Anak sehingga 5 orang) | 186.80 | |
Pelan 3 | Ahli dan Anak(Anak sehingga 6 orang) | 261.30 |
Ahli dan Anak(Anak sehingga 7 orang) | 335.80 | |
Ahli dan Keluarga(Anak sehingga 5 orang) | 214.30 | |
Pelan 4 | Ahli dan Keluarga(Anak sehingga 6 orang) | 288.80 |
Ahli dan Keluarga(Anak sehingga 7 orang) | 363.30 |
MANFAAT SKIM
Manfaat skim yang anda bakal perolehi adalah seperti berikut:
CARA MEMBUAT TUNTUTAN
Sekiranya anda ingin membuat tuntutan, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Memajukan notis bertulis kepada Unit Tuntutan Insurans Koperasi Tentera dalam tempoh 30 hari selepas tarikh kejadian / kemasukan ke wad.
- Memajukan semua dokumen lengkap ke Unit Tuntutan Insurans Koperasi Tentera selepas 90 hari daripada tarikh keluar wad / consultation.
- Dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan kelewatan memproses tuntutan di pihak Unit Insurans KT dan juga pihak penanggung skim.
- Borang Tuntutan boleh didapati di mana-mana pejabat Cawangan Koperasi Tentera.
- Disertakan senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan ‘Reimbursement’ / bayaran balik bil rawatan.
- Senarai Dokumen Tuntutan yang lain adalah seperti di lampiran.
Senarai lengkap panel hospital Etiqa Family Takaful Berhad boleh didapati disini.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Medic KT sila hubungi Talian 24 jam bebas tol di:
- 1800-88-9998