Mungkin ada yang tertanya-tanya sama ada simpan wang dengan simpan emas, mana yang lebih berbaloi?
Anda boleh membuat pilihan kerana setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Namun, anda semua digalakkan untuk membuat simpanan emas kerana ia mempunyai kelebihan berbanding menyimpan wang.
Anda boleh membuat simpanan emas dari Maybank iaitu melalui Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA). Malah, simpanan boleh buat serendah RM10 dengan emas 0.040g tau! Macam mana nak buat tu?
MAYBANK ISLAMIC GOLD ACCOUNT-i (MIGA)
Apa itu Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA)? MIGA merupakan:
- Produk pelaburan emas yang pertama membolehkan pelanggan membuka akaun, membeli, menjual dan memindahkan emas dengan mudah menerusi Maybank2u.
- Membolehkan pelanggan memiliki emas fizikal dengan ketulenan 999.9 peratus seperti yang diakreditasikan oleh London Bullion Market Association tanpa perlu menyimpan emas fizikal atau bimbang akan keselamatannya.
- Pelanggan boleh membuat pelaburan emas dan melakukan transaksi beli atau jual dengan nilai serendah RM10.
“Pelanggan boleh melabur dalam emas dengan nilai pelaburan awal serendah RM10.”
Baca juga: Terkini Dari Maybank, Ini Cara Yang Lebih Selamat Untuk Anda Melakukan Transaksi Secara Online
CARA BUKA AKAUN EMAS RM10 MAYBANK ISLAMIC GOLD ACCOUNT-i
Bagi anda yang berminat untuk membuka akaun emas RM10 Maybank Islamic Gold Account-i, anda boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:
- Buka website Maybank2u terlebih dahulu
- Masukkan Username dan klik Login. Seterusnya masukkan Password anda.
- Pergi ke bahagian Apply dan scroll ke bawah. Klik Apply Now pada bahagian Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i).
- Ikuti setiap langkah-langkah untuk proses tabungan emas.
- Setelah siap, anda dah boleh terus menabung emas ada di Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i).
Mudah dan cepat, kan!
Selepas ini bila tabungan emas cukup 6 gram, bolehlah anda hadir di mana-mana cawangan Maybank untuk buat tebusan. Jangan tebus semua, tebus 5 gram dahulu!
CARA BUAT TEBUSAN EMAS
Untuk membuat tebusan emas pula, sangat mudah! Apa yang perlu anda lakukan untuk membuat tebusan emas di Maybank?
- Hubungi Maybank yang berkenaan
- Tetapkan tarikh dan masa (buat appointment)
- Pergi tebus emas anda mengikut tarikh dan masa temujanji.
- Dah boleh bawa balik emas anda!
Baca juga: 6 Cara Buat Kad ATM Maybank Pakai Gambar Sendiri. Cantik Rupanya!
KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS DI MIGA-i
Terdapat beberapa kelebihan menyimpan emas di MIGA-i iaitu:
- Diiktiraf oleh badan emas antarabangsa seperti London Bullion Market Association (LBMA) atau PAMP Suisse.
- Emas yang dikeluarkan adalah emas yang berkualiti dan boleh dijual di mana-mana seluruh dunia dengan harga semasa.
- Boleh digunakan ketika kecemasan walaupun berada di luar negara dan harganya lebih baik daripada dinar atau gold bar yang dibeli di mana-mana kedai emas yang lain.
Jadi, elok kiranya anda membuat simpanan emas kerana ia membantu untuk menampung keperluan seperti pendidikan, membeli rumah serta menghapuskan hutang jahat yang tidak memberi manfaat kepada anda!
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, kan?! Bermula RM10 lama-lama 10 gram emas akan terkumpul nanti.