Anak-anak anda telah mencapai umur 18 tahun?Jika ya, check semula akaun Tabung Haji anak-anak anda!
Ini kerana, Tabung Haji menasihatkan agar ibu bapa atau penjaga yang mempunyai akaun di abawah jagaan anak yang berumur 18 tahun ke atas untuk menukar status akaun ke Akaun dewasa agar akaun tersebut tidak dibekukan.
Apa yang perlu ibu bapa atau penjaga lakukan untuk menukar status akaun tersebut?
TARIKH TUKAR AKAUN KANAK-KANAK KE AKAUN DEWASA TABUNG HAJI
Ibu bapa dan penjaga anak-anak yang telah berumur 18 tahun dan mempunyai Akaun Kanak-kanak Tabung Haji boleh membuat pertukaran status akaun sebelum:
- 1 Disember 2021
Baca juga: Cara Buat Tuntutan Pusaka Akaun Tabung Haji Tanpa Penama
TRANSAKSI AKAUN KANAK-KANAK TABUNG HAJI DIBEKUKAN
Ibu bapa dan penjaga perlu melakukan pertukaran status akaun ke Akaun Dewasa dengan segera kerana:
- Transaksi pengeluaran akan dibekukan
- Status link akaun di antara penjaga di bank dan Akaun Kanak-Kanak terbatal
- Pendaftaran haji tidak dapat dilakukan
CARA MENUKAR AKAUN KANAK-KANAK KE AKAUN DEWASA
Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas dinasihatkan untuk datang bersama anak tersebut ke:
- Cawangan TH yang berdekatan untuk membuat proses pertukaran dari Akaun Kanak-Kanak ke Akaun Dewasa
Sekiranya penjaga tidak dapat hadir bersama anak ke cawangan TH, memadai pendeposit (kanak-kanak) sahaja yang hadir dengan membawa Borang Persetujuan Penjaga (JP037) sebagai persetujuan penjaga untuk melakukan pertukaran akaun kanak-kanak ke dewasa.
Borang boleh dimuatnaik melalui: https://prod-th-assets
Ini adalah bertujuan untuk:
- Memastikan semua akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri dan rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut dikemaskini.
Baca juga: [Tabung Haji] Pembukaan Akaun Secara Maya (VAO). Mudah & Cepat, Tak Payah Tunggu Lama-Lama
KEPENTINGAN MENUKAR STATUS AKAUN
Mengikut Tabung Haji, Akaun Kanak-Kanak perlu di tukar status ke Akaun Dewasa adalah untuk mendapat manfaat seperti berikut:
- Simpanan dijamin kerajaan
- Menerima agihan keuntungan
- Zakat ditunaikan
- Patuh syariah
- Dikecualikan cukai pendapatan
- Boleh juga turut serta dalam pelbagai kempen yang dijalankan TH
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pertukaran status dari Akaun Kanak-Kanak ke Akaun Dewasa, sila rujuk ke:
- Facebook Tabung Haji
- www.tabunghaji.gov.my
- Khidmat Pelanggan (THCC): 03-6207 1919