Berita baik buat pelajar lepasan SPM! Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur akan mengadakan temuduga biasiswa bagi mengikuti program London Chamber Of Commerce Industry (LCCI-UK) Accounting ambil September 2020.
Pelajar yang berminat dan ingin membuat permohonan boleh ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
MAKLUMAT TEMUDUGA
Berikut merupakan maklumat-maklumat temuduga yang akan diadakan:
- Tarikh: 24 Ogos 2020 – 28 Ogos 2020
- Tempat: Bilik Seminar 1, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
- Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
SYARAT KEMASUKAN
Syarat-syarat kemasukan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau setaraf dengan kredit dalam Matematik dan lulus Bahasa Inggeris ATAU
- Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan kredit dalam Matematik dan lulus Bahasa Inggeris.
- Pendapatan isi rumah bawah RM5000.
BIASISWA YANG DITAWARKAN
Biasiswa yang ditawarkan meliputi:
- Yuran Pengajian
- Yuran Pendaftaran
- Yuran Asrama/ Penginapan
- Elaun Sara Diri RM300 sebulan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut merupakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk menghadiri temuduga:
- Satu keping gambar berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
- Satu salinan kad pengenalan pemohon.
- Satu salinan kad pengenalan ibu, bapa/penjaga dan tanggungan. (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja)
- Salinan bil air atau elektrik.
- Salinan geran kereta / cover note.
- Satu salinan penyata gaji/pencen/ilat yang terkini bagi pemohon/ibu/bapa/penjaga. (Bagi pemohon/ibu/bapa/penjaga yang bekerja sendiri, sila buat akuan sumpah pendapatan dari Pesuruhjaya Sumpah sahaja).
- Satu salinan akuan sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah bagi ibu/bapa/penjaga yang tidak bekerja.
- Salinan Kad Matrik/surat tawaran belajar bagi tanggungan belajar di Universiti/kolej.
- Surat pengesahan sakit dari hospital atau klinik kerajaan. (Jika ibu/bapa/penjaga/tanggungan sakit)
- Satu salinan kad OKU bagi ibu/bapa/penjaga/tanggungan yang kurang upaya.
- Satu salinan kad memeluk Islam. (Jika berkaitan)
- Satu salinan surat perakuan nikah ibu/bapa/penjaga/pemohon. (Jika berkaitan)
- Satu salinan surat perakuan cerai ibu/bapa/penjaga/pemohon. (Jika berkaitan)
- Satu salinan surat perakuan mati ibu/bapa/penjaga. (Jika berkaitan)
- Kegagalan mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak dapat diproses/dipertimbangkan.
CARA MEMOHON
Bagi individu yang berminat dan ingin membuat permohonan boleh mengisi maklumat diri di pautan di bawah untuk mengikut temuduga biasiswa bagi mengikuti program LCCI-UK Accounting.
Selepas mengisi google form di atas, pegawai pembiayaan akan menghubungi anda untuk pengesahan waktu temujanji.
Bagi menghadiri temuduga yang akan dijalankan, pemohon perlulah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Ibubapa atau pelajar perlu memakai penutup muka dan menjalani pemeriksaan suhu badan serta menggunakan hand sanitizer sebelum memasuki kawasan kampus.
Pemeriksaan akan dijalankan oleh Pengawal Keselamatan. Ibubapa atau pelajar juga perlu mengisi scan QR Kod MySejahtera di pondok pengawal bagi merekod aktviti keluar masuk tetamu. Bilangan yang hadir tidak lebih dari 3 orang pada satu masa dan warga emas serta kanak-kanak tidak digalakkan hadir.
Sekiranya permohonan mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut boleh menghubungi talian di bawah:
- Dr.Fitri – www.wasap.my/60173131800
- Pn Kasniah www.wasap.my/60192606778
- En Aizat www.wasap.my/60105601564
- Pn Faridah www.wasap.my/60193135003
- Cik Rosni. www.wasap.my/60136654619