Tip Dapatkan Kerja Yang Dipohon Dengan Mudah

Tip Dapatkan Kerja Yang Dipohon Dengan Mudah

Lambakan graduan yang mencari pekerjaan telah memberikan ruang dan peluang yang tipis untuk mendapatkan kerja idaman anda. Pada zaman persaingan yang sengit ini, anda perlulah menonjolkan diri anda agar anda menjadi rebutan setiap majikan.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tips penting ini.

TIPS MENDAPATKAN KERJA DENGAN MUDAH

Berikut dikongsikan cara ataupun tips yang mampu membantu anda mendapatkan pekerjaan yang dipohon.

1.  Tidak Memohon Kesumua Jawatan Yang Ditawarkan

Untuk pengetahuan anda, memohon kesemua jawatan bukanlah idea yang baik. Anda mungkin sangat memerlukan pekerjaan tersebut tetapi idea ini hanya akan mengelirukan anda untuk memilih  pekerjaan. Anda dinasihatkan untuk memberi fokus kepada jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda.

Sebagai contoh anda mempunyai kelayakan dalam pentadbiran pastikan anda memohon jawatan yang berkaitan dengan bidang anda.Oleh itu, kebarangkalian anda dipanggil untuk temu duga akan lebih tinggi.

2. Kemaskan Cover Letter dan Resume Anda

Anda perlu menarik minat panel penemuduga dengan menyediakan cover letter dan resume yang menarik supaya mendapat perhatian mereka untuk melihat cover letter anda. Bakal majikan yang membaca cover letter anda akan meneliti sama ada kandungan yang ditulis itu memberi bayangan nilai diri anda dan penyelesaian yang terdaya anda tawarkan terhadap organisasinya.

3. Penuhkan Pengalaman Kerja Anda Dalam Resume

Walaupun anda masih menganggangur dan tiada pengalaman bekerja tetap, anda boleh memenuhkan bahagian pengalaman bekerja anda dengan memasukkan senarai kerja sambilan, aktiviti sukarelawan atau hobi yang memanfaatkan komuniti. Anda juga perlu menyatakan secara ringkas pencapaian anda dalam kerja yang telah dilakukan.

Jika anda meninggalkan ruangan pengalaman anda kosong ini akan menyebabkan kegagalan dipanggil menghadiri interview.

4. Gunakan Kemahiran Berkomunikasi Anda

Sekiranya anda telah dipanggil interview, pastikan anda menceritakan dengan lengkap dan mendalam. Anda boleh menggunakan teknik bercerita mengenai diri anda dengan lebih menarik. Kongsikan kemahiran dan pengalaman anda ketika bekerja dengan kisah atau cerita yang pernah anda lalui dan mendapat hasil yang konkrit dan baik.

5. Memberi Nota Terima Kasih

Selepas selepas selesai manjalankan sesi temuduga, anda digalakkan untuk membuat langkah susulan (follow up) dengan syarikat yang menemuduga anda. Itu adalah salah satu cara anda boleh gunakan untuk menyuarakan penghargaan kepada mereka kerana memilih anda menghadiri sesi temu duga itu. Surat yang dihantar/diberikan pastikan ia ringkas dan jelas seperti tujuan asal anda untuk mendapatkan pekerjaan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda mendapatkan perkerjaan yang anda inginkan. Pastikan anda tidak berputus asa dalam mendapatkan pekerjaan yang anda mohon.

Selamat Maju Jaya!

By Azwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *