Kasut merupakan pelengkap kepada penampilan anda. Ianya juga memberi impak yang amat penting kepada anda. Sekiranya anda menghadiri temuduga dengan memakai baju kurung tetapi anda hanya memakai selipar bersama baju kurung, pastinya tidak sesuai untuk penampilan anda. Panel penemuduga pasti meletakkan persepsi negatif terhadap anda disebabkan penampilan anda.
Oleh itu, pemilihan kasut yang sesuai amatlah penting tidak kira sama ada wanita tersebut bekerjaya atau tidak.
Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut kasut apakah yang sesuai dipakai ketika menghadiri temuduga.
TIP PEMILIHAN KASUT UNTUK CALON WANITA
Berikut adalah kasut yan boleh memberi impak formal dan kasual kepada pemakai:
Bentuk Kasut Jenis A
Kasut jenis adalah yang paling sesuai dipakai untuk kegunaan harian mahupun sebarang acara formal. Kasut jenis A sesuai dipakai untuk menhadiri temuduga bagi calon wanita. Bentuk kasut ini sesuai untuk bentuk kaki yang kecil dibahagian jari kaki dan mempunyai bentuk badan yang kurus.
Bentuk Kasut Jenis B
Kasut jenis ini juga sesuai digayakan untuk menghadiri majilis formal. Kasut jenis ini sesuai dipakai untuk ke tempat kerja kerana sesuai dipakai secara harian. Kasut ini sesuai dipakai oleh wanita yang mempunyai kaki yang agak lebar sedikit di bahagian jari kaki.
Bentuk Kasut Jenis C
Bentuk kasut jenis C adalah bentuk kasut yang santai dan kasual. Kasut jenis ini tidak sesuai dipakai untuk menghadiri temuduga bagi calon wanita. Selain itu, kasut jenis c juga tidak sesuai dipakai untuk ke tempat kerja.
Untuk makluman anda, anda dinasihatkan untuk memakai kasut jenis A dan B sekiranya anda akan menghadiri temuduga. Ketinggian tumit kasut yang dicadangkan adalah 1-2 inci sahaja bagi kategori formal. Jagalah penampilan anda ketika menghadiri temuduga yang dijalankan. Penampilan anda merupakan perkara pertama dilihat oleh penemuduga sebelum sesi temuduga dijalankan.
Baca juga: Calon Temuduga Lelaki Ini Kasut Yang Ada Perlu Pakai Ketika Menghadiri Temuduga