Veteran ATM Tidak Berpencen, Daftar Dengan JHEV Untuk Dapat BKK RM350

Semua penjawat awam dan pesara kerajaan yang berpencen bersyukur kerana bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) atau dikenali sebagai bonus pada tahun 2022.

Penjawat awam akan menerima bantuan sebanyak RM700 secara one-off manakala pesara kerajaan berpencen akan menerima BKK sebanyak RM350.

Tetapi bagaimana pula dengan golongan veteran ATM yang tidak berpencen? Dapat atau tidak BKK berjumlah RM350 nanti?

VETERAN ATM TIDAK BERPENCEN DAPAT BKK TAK?

Ini menjadi persoalan kepada golongan veteran ATM yang tidak berpencen sama ada mereka layak menerima BKK atau tidak.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien, menyatakan bahawa golongan Veteran ATM yang tidak berpencen juga:

  • Layak menerima BKK sebanyak RM350 seperti pesara kerajaan berpencen yang lain.

CARA DAPATKAN BKK

Veteran ATM yang tidak berpencen yang ingin dapatkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM350 perlu:

  • Mendaftar dengan JHEV untuk memudahkan penyaluran BKK menjelang Januari 2022 nanti.

CARA DAFTAR DENGAN JHEV ATM

Bagi Veteran ATM yang tidak berpencen perlu membuat pendaftaran dengan JHEV secara online atau mengisi borang secara manual terlebih dahulu.

Sebelum itu, anda juga boleh membuat semakan terlebih dahulu pada pautan ini:

Veteran ATM Tidak Berpencen, Daftar Dengan JHEV Untuk Dapat BKK RM350

  • Masukkan nombor Mykada anda dan masukkan kod pengesahan yang tertera,
  • Klik Hantar untuk semakan.
  • Bagi yang belum mendaftar, klik cetak borang untuk pendaftaran.

Veteran ATM Tidak Berpencen, Daftar Dengan JHEV Untuk Dapat BKK RM350

Bagi Veteran ATM yang tidak berpencen tetapi tidak lengkap maklumat boleh membuat pengemaskinian dengan:

  • Menghubungi terus Call Centre JHEV ATM di: 03-2697 6600
  • Hantar dokumen secara Whatsapp JHEV ATM di: 016-402 0182

Apakah dokumen yang perlu disediakan? Dokumen yang perlu dihantar ke JHEV ATM adalah seperti berikut:

  • Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86/92) atau Sijil Berhenti Pasukan Sukarela ATM (BAT B 84) semua mukasurat atau Surat Pengesahan Perkhidmatan atau Arahan Dokumentasi Persaraan/Tamat perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP)
  • Salinan MyKad Veteran ATM
  • Salinan buku akaun bank yang masih aktif

Veteran ATM Tidak Berpencen, Daftar Dengan JHEV Untuk Dapat BKK RM350

Baca juga: [BKM 2022] Bantuan Orang Bujang Bermula RM350 Hingga RM600. Siapa Kata Tak Ada!

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Kewangan RM350 kepada Veteran ATM yang tidak berpencen serta cara daftar dengan JHEV, sila hubungi JHEV di saluran berikut:

  • JHEV HQ: 603-2697 6600/603-2691 7564
  • JHEV berdekatan dengan anda.

SUMBER

By zeo