Tahun 2021 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Sudahkah anda menunaikan kewajipan anda iaitu membuat bayaran zakat pendapatan bagi tahun 2021? Ini kerana anda wajib membayar zakat ke atas hasil pendapatan dan gaji anda.
Tidak tahu cara untuk membuat bayaran zakat pendapatan? Jangan risau kerana segalanya adalah dihujung jari sahaja dimana anda boleh membuat bayaran zakat secara online sahaja seterusnya membuat cetakan untuk simpanan anda.
Untuk memudahkan anda, teruskan membaca perkongsian mengenai cara mengira zakat pendapatan seperti yang dikongsikan oleh PPZ-MAIWP ini.
CARA PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN TAHUN 2021
Untuk pengetahuan anda, peratusan zakat yang dibayar adalah sebanyak 2.5% sahaja daripada jumlah pendapatan ataupun simpanan anda. Rujuk gambar dibawah untuk lihat cara kiraan zakat pendapatan anda.
CONTOH 1
Zakat ialah sebanyak RM1200 setahun. Sebulan hanya RM100 (RM1200/12 bulan)
CONTOH 2
Zakat ialah sebanyak RM358 setahun.Sebulan hanya RM29.90.
ZAKAT KALKULATOR
Anda juga boleh mengira zakat pendapatan melalui online seperti berikut:
- Klik KALKULATOR ZAKAT PENDAPATAN untuk buat kiraan atau semakan jumlah zakat secara online.
- Masukkan maklumat jumlah pendapatan atau gaji tahunan anda.
- Masukkan jumlah perbelanjaan tahunan anda.
- Paparan jumlah zakat yang perlu dibayar pada skrin anda.
- Setelah berpuas hati, klik BAYAR ZAKAT. Klik CETAK untuk simpanan anda.
Selain daripada zakat pendapatan, anda juga boleh membuat kiraan zakat-zakat lain seterusnya membuat bayaran zakat. Antara zakat tersebut ialah:
- Zakat Perniagaan
- Zakat Saham
- Zakat Emas
- Zakat Perak
- Zakat KWSP
- Zakat Wang Simpanan
PANDUAN LOGIN SISTEM PORTAL ZAKAT PPZ-MAIWP
Rujuk panduan login Sistem Portal Zakat PPZ-MAIWP di sini:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Untuk dapatkan maklumat dan info selanjutnya, anda boleh terus menghubungi talian zakat PPZ-MAIWP di :
- Hotline: 1-300-88-5757
Atau
- Terus ke kuanter Pusat Zakat Negeri yang terdekat dengan anda.